Perbadanan Acme Wile_E._Coyote_dan_Road_Runner

Wile E. Coyote seringkali memperoleh peralatan dan peranti yang kompleks daripada syarikat pesanan pos rekaan bernama Perbadanan Acme untuk menangkap Road Runner. Namun, peralatan tersebut sering sahaja gagal dan memakan dirinya balik. Persoalan sama ada peralatan tersebut gagal disebabkan kegagalan pengendalinya ataupun disebabkan kegagalan peralatan tersebut sendiri masih lagi menjadi tanda tanya. Coyote sering kali terbakar sehingga rentung, dihempap sehingga penyek, serta jatuh ke dalam gaung (sesetengah kartun menggabungkan ketiga-tiganya). Ada kalanya produk Acme memang boleh berfungsi dengan baik, tetapi dalam keadaan yang boleh memakan diri Coyote sendiri (senjata makan tuan).

Bagaimana Coyote mendapat wang untuk membeli produk-produk tersebut tidak dijelaskan sehinggalah dalam filem tahun 2003 berjudul Looney Tunes: Back in Action, di mana Coyote dipaparkan sebagai seorang pekerja Acme. Dalam satu episod Tiny Toon Adventures, Wile E. mengatakan protegenya Calamity Coyote memiliki akaun kad kredit Acme tanpa had, yang berkemungkinan boleh jadi salah satu penerangan yang munasabah. Wile E. menjadi "penguji beta" (atau sebenarnya "tikus makmal") Acme turut menjadi salah satu penerangan munasabah. Wile E. turut menggunakan peralatan perang seperti meriam, pelancar roket, bom tangan dan benet yang "umum", bukan produk Acme. Dalam satu iklan komersial Cartoon Network yang mempromosikan Looney Tunes, mereka bertanya kepana Coyote kenapa dia tetap membeli produk Perbadanan Acme walaupun kesemuanya memakan dirinya balik, Coyote menjawab dengan menggunakan papan tanda kayu (setelah satu lagi produk meletup pada mukanya buat kesekian kalinya): "Barisan Kredit yang Baik."

Rujukan

WikiPedia: Wile_E._Coyote_dan_Road_Runner http://www.amazon.com/Hollywood-Cartoons-American-... http://looney.goldenagecartoons.com/articles/1960a... http://www.i-foo.com/~eocostello/wbcc/eowbcc-w.htm... http://www.imdb.com/character/ch0029626 http://www.imdb.com/character/ch0030552 http://blogs.indiewire.com/leonardmaltin/archives/... http://www.latinoreview.com/news/looney-tunes-shor... http://www.newsfromme.com/archives/2007_02_20.html... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=950... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=950...